| Masyarakat berilmu Al-Quran mampu atasi masalah sosial – Abdullah |
|
| Written by Syah | |
| Wednesday, 20 August 2008 21:29 | |
|
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kewujudan masyarakat yang menurut panduan Al- Quran mampu memainkan peranan dalam membantu kerajaan mengatasi masalah sosial yang sedang melanda negara. "Usaha murni itu memang patut digerakkan secara bersepadu dan berterusan kerana umat Islam mempunyai arah dan pedoman yang lengkap dan mantap daripada al-Quran. Justeru, marilah kita sama-sama bergabung tenaga dan berikrar untuk menjadi insan cemerlang yang akan mengharumkan umat Islam amnya dan nama Malaysia khasnya di persada dunia," katanya. Abdullah turut menegaskan umat Islam perlulah menghayati dan menjiwai isi kandungan al-Quran dalam usaha memperolehi rahmat dan hidayah. Beliau menyampaikan ucapan bersempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-50 yang berlansung dari 18 hingga 25 Ogos ini, melibatkan penyertaan 49 qari dan 31 qariah dari 49 buah negara. –Malaysia Today |