| Najib dakwa harga minyak boleh diturunkan |
|
| Written by Syah | |
| Wednesday, 20 August 2008 21:21 | |
|
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kerajaan boleh menurunkan harga pasaran minyak dalam masa terdekat sekiranya harga bahan bakar itu kekal pada AS113 setong. "Sehari dua ini, mungkin ada berita baik. Harga minyak boleh dikaji semula," katanya. Beliau turut berkata tidak perlu untuk menunggu Penasihat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri bagi menurunkan harga minyak kerana kerajaan turut boleh berbuat sedemikian sekiranya harga minyak kekal pada paras tersebut. "Kalau harga minyak dunia turun, kerajaan boleh turunkan harga minyak. Ini boleh ditunaikan," kata Najib. Beliau turut memaklumkan Belanjawan 2009 pada 29 Ogos ini akan memberikan berita baik kepada rakyat dan langkah itu adalah bagi mengurangkan beban rakyat yang menampung kos sara hidup yang lebih tinggi kini. "Kerajaan tidak mahu rakyat dalam kesempitan hidup," tambahnya. – Malaysia Today |