| Undang – undang DNA tidak berkaitan dengan Permatang Pauh – Najib |
|
| Written by Syah | |
| Wednesday, 20 August 2008 21:12 | |
|
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan dakwaan pihak pembangkang yang menganggap pembentangan Rang Undang-Undang Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Parlimen mempunyai hubung kait dengan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Beliau turut menegaskan akta itu tidak mempunyai konspirasi politik seperti yang didakwa. "Apa-apa yang kita buatpun dia dakwa ada kaitan dengan pilihan raya dan ada konspirasi politik itu. Itu adalah perkara biasa tetapi sebenarnya akta ini dah lama disediakan cuma belum dibentangkan," katanya. Sebelum ini pembangkang mendakwa pembentangan rang undang-undang itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini. Pilihanraya itu menyaksikan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM). –Malaysia Today |