Loading...
You are here:  Home  >  English News  >  Berita  >  Current Article

Burung Kakak Tua Ditahan Polis Kerana Sering Keluar Kata-Kata Kesat

By   /  August 21, 2015  /  Comments Off on Burung Kakak Tua Ditahan Polis Kerana Sering Keluar Kata-Kata Kesat

    Print       Email

Gara-gar sering mengeluarkan kata-kata kesat kepasa seorang warga emas berusia 85 tahun, seekor burung kakak tua telah ditahan oleh pihak polis selepas warga emas berkenaan telah melakukan laporan.

Kakak tua yang diberi nama Hariyal itu serinag menghamburkan kata-kata kesat setiap kali berjumpa dengan wanita berkenaan yang merupakan ibu tiri kepada tuannya.

Tuan Kakak tua tersebut, Suresh Sakharkar dikatakan telah mengajar burungnya itu dengan kata-kata kesat berkenaan kerana tidak berpuas hati selepas mereka dikatakan telah bertengkar kerana masalah perebutan harta pusaka.

Warga emas berkenaan, Janabai berkata dia terpaksa menanggung rasa tidak selesa selain gangguan emosi kerana sering diejek oleh burung berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Ini bukanlah kalai pertama Janabai membuat laporan polis berkenaan di mana sebelum ini beliau sudah membuat dua laporan polis mengenai kejadian ini.

Burung kakak tua berkenaan telah dipindahkan ke Jabatan Hutan dan Hidupan Liar India dan kini dibawah jagaan mereka.

Comments

comments

    Print       Email
  • Published: 2 years ago on August 21, 2015
  • By:
  • Last Modified: August 21, 2015 @ 3:09 pm
  • Filed Under: Berita

You might also like...

1

Korea Utara Tembak Speaker Milik Korea Selatan, Berbalas Tembakan

Read More →