Loading...
You are here:  Home  >  Blogs  >  Current Article

Dinasihatkan TV3 hentikanlah serang Tun Mahathir dgn menggunakan bekas-bekas pemimpin pembangkang

By   /  July 7, 2015  /  1 Comment

    Print       Email

1. Dinasihatkan TV3 hentikanlah serang Tun Mahathir dgn menggunakan bekas-bekas pemimpin pembangkang.

2. Tindakan TV3 tidak bantu DS Najib malah org ramai makin meluat tehadap DS Najib kononnya guna muka2 yg tidak laku, muka2 tidak ada kredibeliti, tidak ada siapa yg nak ikut, tidak ada tempat terpaksa mencari peluang apa yg boleh dan dianggap jadi barua baca text yg disediakan dan bukan sahaja sangat2 tidak menguntungkan DS Najib malah orang ramai lebih sayangkan Tun M dengan serangan-serangan dari individu tiada orang anggap mereka tu penting sangat perlu didengar.

3. Mereka-mereka silih berganti muka2 sama tu sepatutnya meminta DS Najib segera selesaikan isu-isu yang berbangkit. Minta DS Najib ambil tindakan mahkamah dengan segera terhadap pihak2 yg dikatakan fitnah DS Najib. Biar pihak-pihak itu semua buktikan di Mahkamah jika mereka ada bukti dan bukti-bukti itu sama ada palsu atau sahih biar mahkamah tentukan.

4. Kebanyakan mereka bila disiarkan kenyataan2 mereka, jelas sesetengahnya membaca skrip. Ramai pihak tertanya-tanya, apakah ada pihak lain yang sediakan skrip2 utk mereka bercakap di TV3 sahaja.?

5. Saya ingin nasihatkan TV3 hentilah buat kerja2 tak berfaedah itu. Slot tu lebih banyakkan siar berita masyarakat atau keluarga yg dlm kesusahan di bulan ramadhan ini biar masyarakat dapat bantu mereka kerana ramai mencari peluang utk bersedekah di bulan Ramadan yang mulia ni.

6. Kepada mereka yang semua org boleh lihat muka2 sama sahaja, saya ingin bertanya. Apakah kamu dibayar untuk kritik Tun Mahathir? Berapa jumlah habuan setiap kali keluar di kaca TV3 untuk kritik Tun Mahathir? Masih tidak cukup2 lagikah belanja untuk buat persedian sambut aidilfitri tak lama lagi?

7. Kepada TV3 saya ingin bertanya apakah tiada pemimpin lain yang boleh diminta komen pasal isu-isu semasa yang sedang panas ini? Tak ada ke Menteri2 atau MKT UMNO yang nak jadi hero bela boss mereka.? Mana Naib-Naib Presiden UMNO? Mana Ketua2 Sayap UMNO? Dulu zaman Pak Lah ramai yang berebut2 kritik Tun Mahathir. Apakah mereka percaya pendedahan2 itu semua.?

Sekian terima kasih.

Syed Hassan Syed Ali
Tim. Presiden Kelab Chedet
Merangkap SU Agung Perkasa.

Comments

comments

    Print       Email
  • Published: 2 years ago on July 7, 2015
  • By:
  • Last Modified: July 7, 2015 @ 12:12 am
  • Filed Under: Blogs

You might also like...

lakai pilot

Hutang Kerajaan terhadap KWSP sudah mencecah RM470.6 billion

Read More →