Loading...
You are here:  Home  >  English News  >  Berita  >  Current Article

E-Ciggarate Patut Diperkenalkan kepada Perokok – Pakar

By   /  August 20, 2015  /  Comments Off on E-Ciggarate Patut Diperkenalkan kepada Perokok – Pakar

    Print       Email

LONDON – Rokok elektronik patut diperkenalkan kepada perokok bagi membantu mereka menghentikan tabiat buruk itu, kata pakar-pakar kesihatan awam Britain.

Mereka berkata demikian berdasarkan satu kajian yang mendapati rokok elektronik 95 peratus kurang berbahaya dari rokok konvensional.

Kajian tersebut dijalankan oleh pihak berkuasa Kesihatan Awam England (PHE).

Menurut Profesor Ann McNeill dari King’s College London, rokok elektronik itu dapat mensimulasikan perasaan merokok tetapi tanpa kandungan nikotin yang membahayakan kesihatan perokok.

Di England, 1/5 dari rakyatnya merokok dan lebih 80,000 kematian berpunca dari rokok direkodkan dalam setahun.

Merokok masih menjadi pembunuh nombor satu di England dan perkara terbaik yang boleh dilakukan perokok ialah berhenti terus,” kata Pengarah Kesihatan dan Ke­sejahteraan Hidup PHE, Profesor Kevin Fenton memetik laporan dari Kosmo!.

Kajian mendapati penggunaan e-rokok melupuskan hampir semua risiko kesihatan yang dikaitkan dengan rokok konvensional,” menurut Profesor Peter Hajek dari Universiti Queen Mary yang turut terlibat dalam kajian itu.

Comments

comments

    Print       Email
  • Published: 2 years ago on August 20, 2015
  • By:
  • Last Modified: August 20, 2015 @ 3:29 pm
  • Filed Under: Berita

You might also like...

1

Korea Utara Tembak Speaker Milik Korea Selatan, Berbalas Tembakan

Read More →