Loading...
You are here:  Home  >  English News  >  Berita  >  Current Article

Hanya Perlu Membaca Buku Diatas Bas Sebagai Bayaran Tambang

By   /  August 20, 2015  /  Comments Off on Hanya Perlu Membaca Buku Diatas Bas Sebagai Bayaran Tambang

    Print       Email

Membaca seperti kita ketahui merupakan jambatan kepada ilmu pengetahuan di mana di dalam agama kita sendiri menekankan kepentingan membaca di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pun adalah Iqra yang membawa maksud bacalah.

Tetapi melihat dengan dunia moden sekarang budaya membaca dilihat semakin berkurang sehingga perlu diadakan kempen-kempen membaca. Tidak dinafikan kemunculan pelbagai teknologi baru membuatkan kita lebih mudah untuk memcari bahan ilmiah untuk dibaca tetapi berapa ramaikah yang menggunakan kemudahan tersebut.

Terbaru di Romania, satu kempen membaca telah dilancarkan dengan sedikit kelainan yang tersendiri di mana kepada sesiapa yang membaca buku di atas bas mereka akan dikecualikan dari membayar tambang.

Menarikkan, kempen atau cadangan ini telah dikemukan oleh seorang lelaki dari Romania, Victor Miron dan telah dipersetujui oleh pihak majlis perbandaran tempatan dan telah pun dilaksanakan pada Jun lalu.
2
3
4

Menurut Miron dengan cara ini dia amat berharap budaya minat membaca dapat dikembalikan kalangan masyarakat di sana.

“Saya percaya adalah lebih baik kita memberikan kelebihan dan keistimewaan kepada sesiapa yang membaca, daripada kita asyik mengkritik mereka yang tidak melakukannya, itu adalah lebih baik,” katanya.

Comments

comments

    Print       Email
  • Published: 2 years ago on August 20, 2015
  • By:
  • Last Modified: August 20, 2015 @ 3:33 pm
  • Filed Under: Berita

You might also like...

1

Korea Utara Tembak Speaker Milik Korea Selatan, Berbalas Tembakan

Read More →