Loading...
You are here:  Home  >  English News  >  Berita  >  Current Article

Nuar Ayam, Penjenayah Paling Dikehendaki Di Kelantan Akhirnya Diberkas

By   /  August 20, 2015  /  Comments Off on Nuar Ayam, Penjenayah Paling Dikehendaki Di Kelantan Akhirnya Diberkas

    Print       Email
RANTAU PANJANG: Polis Kelantan akhirnya berjaya memberkas penjenayah paling dikehendaki di negeri itu di sebuah rumah di Taman Kajang Mewah, Kajang, awal pagi semalam.
Anuar Mohamad yang berusi 37 tahun sebelum ini didakwa terlibat dengan pelbagai jenayah, termasuk 16 kes jenayah membabitkan kes bunuh, samun, rogl dan peras ugut.
Anuar dikenali sebagai ‘Nuar Ayam’.
Memetik laporan The Rakyat Post hari ini, Nuar Ayam berjaya ditahan pihak berkuasa pada jam 1.50 pagi berdasarkan serbuan pasukan STAFOC Bukit Aman, hasil maklumat orang ramai.
“Pasukan polis terpaksa memecah pintu rumah terbabit bagi menahan suspek. Tiada sebarang tembakan kerana suspek didapati tidak bersenjata.
 
“Soal siasat awal yang dilakukan suspek memberitahu senjata api yang digunakan dalam kegiatan jenayahnya kini dipegang oleh rakan subahatnya. Namun begitu, polis akan terus menjalankan siasatan dan soal siasat bagi mengetahui keadaan sebenar.
 
“Daripada rekod yang dicatatkan suspek dipercayai terbabit dalam 1 kes bunuh, 16 kes samun, satu kes rogol, empat kes peras ugut serta satu kes melepaskan tembakan.
 
“Modus operandi suspek ialah melakukan jenayah di Kelantan sebelum melarikan diri dan menetap di Kajang dan Shah Alam. Apabila kesempitan wang dia dipercayai akan kembali melakukan jenayah bersama rakan subahatnya,” katanya.

Sementara itu, Nuar Ayam akan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Comments

comments

    Print       Email
  • Published: 2 years ago on August 20, 2015
  • By:
  • Last Modified: August 20, 2015 @ 4:01 pm
  • Filed Under: Berita

You might also like...

1

Korea Utara Tembak Speaker Milik Korea Selatan, Berbalas Tembakan

Read More →